Portal No.1 Mengenai Automotif di Malaysia

Breaking

8 September 2018

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018|BERAPAKAH harga dan spesifikasi terkini Proton SUV X70 tahun 2018? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga terkini Proton SUV X70 tahun 2018. Untuk makluman anda, model terbaharu Proton yang dinamakan Proton X70, sudah boleh mula ditempah dengan bayaran RM1,000. Ia merupakan SUV pertama keluaran Proton dan pertama hasil kerjasama dengan Geely.

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Menurut beberapa sumber, X70 dijangka bakal dijual pada harga sekitar RM90,000 sehingga RM127,000. Empat varian akan ditawarkan untuk SUV ini iaitu model asas Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD. Kesemua varian ini bakal dijana enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDI turbo berkuasa 181 hp dan tork maksima 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai harga dan spesifikasi lengkap Proton SUV X70 tahun 2018:

Spesifikasi Lengkap Proton SUV X70 2018

Berikut dikongsikan spesifikasi lengkap termasuk varian dan harga, reka bentuk, sistem keselamatan dan warna:

A. Varian dan Harga

👉 Standard 2WD
👉 Executive 2WD
👉 Executive AWD
👉 Premium 2WD

B. Reka Bentuk

👉 Roda aloi 18 inci bersama tayar
      Hankook Dynapro HP2 bersaiz
      225/60R18
👉 Terdapat sistem kunci pintar dengan
      suis penghidup enjin, cermin sisi lipatan
      elektrik, lampu hadapan LED projektor,
      lampu kabus LED serta lampu belakang
      LED dengan kemasan lensa gelap
👉 Kesemua unit lampu utama hadapan
      dan belakang diberikan cetakan
      ‘PROTON’ pada bahagian dalam
👉 Enjin 1.8 L turbo TGDI dengan kuasa 181
      hp dan daya kilas 285 Nm

C. Sistem Keselamatan

👉 Enam beg udara
👉 Kamera keliling 360 darjah
👉 Dilengkap brek kecemasan automatik
      (AEB)
👉 Amaran pertukaran laluan
👉 Sistem kawalan pemanduan (cruise
      control) adaptif
👉 Ciri 'Kawalan Jauh Telefon Pintar' dan
     'Penyegar Udara Pintar'


D. Warna

1. Armour Silver
2. Snow White
3. Flame Red
4. Cinnamon Brown

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Harga Terkini Proton SUV X70 2018

Berikut dikongsikan info mengenai harga Proton SUV X70 2018. Untuk info lanjut layari laman web rasmi Proton di sini https://www.proton.co

Semoga perkongsian Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018 ini dijadikan rujukan dan panduan buat anda semua!

2 comments: