Portal No.1 Mengenai Automotif di Malaysia

Breaking

22 August 2018

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018|APAKAH peraturan baru cermin gelap JPJ? Panduan buat anda yang ingin ketahui peraturan baru cermin gelap JPJ. Memasang cermin gelap atau memasang tinted film untuk mengelakkan cermin kenderaan adalah dibenarkan dengan syarat mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berikut dikongsikan peraturan baru cermin gelap JPJ tahun 2018 buat rujukan anda.

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018

Mulai 1 Januari 2018, peraturan baru cermin gelap tinted JPJ akan berkuatkuasa serta merta pada tarikh tersebut. Peraturan baru itu menetapkan VLT (Kadar Ketelusan Cahaya) bagi cermin depan adalah 70 peratus, manakala cermin sisi pemandu 50 peratus, cermin sisi belakang dan cermin belakang penumpang 30 peratus.

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan peraturan baru cermin gelap JPJ tahun 2018:

Kadar Peratus Tint Cermin Gelap

Mulai 1 Januari 2018, kadar baharu ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi cermin gelap kenderaan adalah seperti berikut:

◾Cermin Hadapan: 70 %
◾Cermin Sisi Hadapan: 50 %
◾Cermin Sisi Belakang: 30 %
◾Cermin Belakang: 30 %

Pengecualian Peraturan Cermin Gelap

Terdapat DUA kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap:

1. Kenderaan Milik Kerajaan yang
    digunakan oleh individu dibawah:

◾Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
     Baginda Yang Dipertuan Agong atau Duli
     Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong
◾Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu
     negeri atau konsortnya
◾Pemangku raja sesuatu negeri atau
     konsortnya
◾Pembesar memerintah negeri bagi
     Negeri Sembilan atau konsortnya
◾Bakal raja sesuatu negeri atau konsort
     bakal raja
◾Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua.   
     Negeri sesuatu negeri
◾Hakim Mahkamah Agong atau
     Mahkamah Tinggi
◾Pegawai Polis atau tentera seperti yang
    dinyatakan Ketua Polis Negara atau
    Ketua Turus Angkatan Tentera

2. Kenderaan yang mendapat kebenaran
     bertulis dari Ketua Pengarah JPJ atas
     sebab kesihatan dan keselamatan
     pemohon

Semoga perkongsian Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments:

Post a comment